Pages

mutiara madah

Thursday, October 17, 2013
♥ Yang kita dapat tidak semestinya yang kita pinta.. ♥
♥ Yang kita minta belum tentu yang terbaik buat kita.. ♥
♥ Yang terbaik buat kita tak semestinya Allah suka.. ♥
♥ Belajarlah redha apa yang kita ada.. ♥
♥ Itulah yang terbaik buat kita.. ♥
♥ Walaupun itu bukan yang kita suka.. ♥
●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●
•.♥• WAHAI KAUM ADAM..Jika benar kau kasih & cintakan seorang HAWA itu•.♥•Bawalah dia ke jalan Allah•.♥•Nasihatilah dia•.♥•Perbetulkan kesilapannya•.♥•Jagalah dia dgn baik•.♥•Kasihanilah dia•.♥•Lindungilah dia•.♥•Berilah kasih syg padanya•.♥•Hargailah dia•.♥•Ucapkan terima kasih atas kelebihannya•.♥•Bersabar dengannya•.♥•Terimalah & cintailah kekurangannya•.♥•Jd IMAM terbaik & redhalah padanya ♥♥♥♥
●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●
Engkau mungkin akan melupakan orang yang pernah ketawa denganmu, tetapi tidak mungkin engkau akan melupakan orang yang pernah menangis denganmu....:)
~..Aku hanyalah INSAN BIASA, yang punyai CACAT CELA yang tersembunyi di sebalik hijabku ini..andai diriku ada BERBUAT SALAH, MENGURIS HATI sesiapa tanpa sedar..usahlah MENCEMUHKU, usahlah MEMBENCIKU tetapi NASIHATKANLAH aku dengan HIKMAH supaya kembali ke arah yang DIREDHAI Allah..~


>>> Siapa pun kamu di masa lalu, itu tidak bermakna kamu TIDAK BERHAK untuk menjadi seorang Muslimah yang BAIK, DISAYANGI dan DIHORMATI..berusaha mendidik diri menjadi Muslimah yang baik itu perlu DITERUSKAN tanpa mengenal erti penat apatah lagi jemu, tinggalkan masa lalu yang perit itu..jadikan ia satu PENGAJARAN, bukan satu penyesalan yang berpanjangan..♥♥♥
Walau terasa lambat bagi yang menunggu..
Terlalu panjang bagi yang gelisah..
Terlalu jauh bagi yang mengharap..
Dan terlalu pendek bagi yang bahagia..
Namun waktu adalah keabadian,
Bagi yang bersabar dan bersyukur..
kadang-kadang allah sembunyikan matahari dan berikan kita petir dan kilat,kita tercari-cari dimanakah matahri rupa-rupanya allah hadiahkan kita pelangi yang indah....
Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.
andai kau bersedih, aku rela pinjamkan bahuku,, bersandar dan menangislah sepuas hatimu syg.. kerna aku tetap ada di sini utkmu.. biarpon hatiku terluka melihat kau menanges kerna si dia..
Suluhkan cahaya di hati terang
Tunjukkan jalan seandainya hilang
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
♥ Jadikan cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta.Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.. ♥
Mata kadang2 salah melihat..
Mulut kadang2 salah berucap..
Tetapi, hati tidak pernah menipu
apabila kita rindukan seseorang..♥
Cuba tangkap air hujan..
Sebanyak mana yang awak dapat?
Sebanyak itulah 'RINDU' saya pada awak..
Tetapi sebanyak mana yang awak terlepas,
Sebanyak itulah 'RINDU' saya pada awak.. ♥
Apabila kau membuka matamu,
ketahuilah ada cinta yang menantimu..
Saat kau menyepikan diri,
sedarlah ada insan yang akan merinduimu.. ♥
jika ia sebuah cinta,ia tidak hadir dengan permintaan..namun ia hadir kerana ketentuannya.. jika ia sebuah cinta,ia tidak hadir dengan kemewahan..namun ia hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan......LOVE.....
~ Ketika LELAKI beranjak dewasa, sang ibu berpesan..JAGALAH dan HORMATILAH WANITA seperti mana kamu MENGHORMATI ibumu..~ Ketika WANITA beranjak dewasa, sang ibu berpesan..jagalah dirimu baik-baik, jadilah wanita yang SEBAIK-BAIKNYA kerana kelak dari KELEMBUTAN tanganmu akan TUMBUH manusia baru yang BAIK pula..
::Tatkala kita bersedih mahupun diuji olehNya..
::Kita harus sedar bahawa mulaI dari saat itulah kita akan lebih rapat dengan Nya..
::Bangkit dr kekecewaan kerana Allah tlh menentukan sesuatu yg lbh baik drpd itu
::Allah Maha mengetahui dan Maha Mengasihani hamba2nya..
::Syukur Alhamdulillah kerana Allah masih sayang pada kita... ^_^
~♥♥..JANGAN TAKUT kehilangan orang yang DICINTAI kerana agama sebaliknya takutlah KEHILANGAN AGAMA dari orang yang kita cinta..♥♥~


~Dalam urusan DUNIA, jika kita BERKASUT pandanglah orang yang BERSELIPAR. jika kita berselipar, pandanglah orang yang BERKAKI AYAM. Ia akan menjadikan kita sentiasa BERSYUKUR atas apa yang kita MILIKKI~
ܓDan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur (An Nahl : 78)ܓ ^_^
Tegurlah aku jika aku mulai sombong..
Tegurlah aku jika aku mulai angkuh..
Tegurlah aku jika aku mulai salah..
Kerana aku masih memerlukan sahabat seperti kamu..
Hari ini, esok dan selamanya.. ♥
*•¸.•´`¸.•´``•.'•.¸☆☆'•.¸'•.¸☆❤*•¸.•´`¸.•´``•.'•.¸☆☆'•.¸'•.¸
Hal terindah dari wanita adalah bukan pada saat dia TERSENYUM bahagia,tetapi saat AIRMATANYA jatuh dalam DOA...bukan kerana KATANYA yang INDAH tetapi saat BIBIRNYA basah dengan ZIKRULLAH...bukan kerana KECANTIKAN yang mempesona,tetapi kerana SUJUDNYA pada Allah...bukan kerana KEELOKAN TUBUHNYA tetapi kerana KETEGUHANNYA dalam menjaga AURAT...*•¸.•´`¸.•´``•.'•.¸☆☆'•.¸'•.¸☆❤*•¸.•´`¸.•´``•.'•.¸☆☆'•.¸'•.¸
ܓ..Jadikanlah CINTA itu sebahagian daripada kehidupanmu..JANGANLAH jadikan kehidupanmu sebahagian dari cinta semata-mata..
>>> Semakin DALAM cinta kamu terhadap seseorang itu, semakin TERJUNAM kamu terjatuh ke dalam dunia HARAPAN..ܓ
Ingatlah sahabat, CINTA SEJATI hanya untuk ILAHI.. ^_^
..Kamu memang sudah tidak berada di sampingku...tapi kamu selalu ada dalam memori terindah di sepanjang hidupku..Perpisahan bukanlah akhir dari segalanya...tapi perpisahan adalah awal pertemuan...kegagalan bukan berarti kekalahan...tapi kegagalan adalah keberhasilan yg tertunda....:)
tika sedih melabuh tirai hati, kita perlu memilih:
pilihlh utk senyum walau hati punya sebab utk muram,
pilihlh utk bangkit berdiri andai telah kita jatuh dan terluka,
pilihlh utk sabar dan redha sekalipon ada alasn utk kecewa..

redhalah duhai hati... ♥ ^_^
(¯`*•.¸✿✿..MAHALKANLAH ungkapan-ungkapan CINTA dan RINDU yang sepatutnya dimahalkan agar ungkapan itu BERHARGA apabila sudah tiba masanya dan murahkanlah ungkapan-ungkapan NASIHAT dan PERINGATAN yang sepatutnya kalian murahkan kepada mereka yang benar-benar LAYAK..(¯`*•.¸✿✿ ^_^
¸.•..KEMAAFAN itu DENDAM yang TERMANIS..¸.•

“Dan hendaklah mereka MEMAAFKAN dan berlapang dada. Apakah kamu TIDAK ingin bahawa Allah mengampunimu?…” [an-Nur: 21]

>>>hidup terlalu SINGKAT untuk MEMBENCI…
Kadang-kadang, dalam menjaga hati org yang kita sayang.. ► kita sanggup diam dan mengalah. ¸.•´¯Kadang-kadang, dalam menjaga hati org yang kita sayang.. ► kita sanggup sakit dan berserah..
Usah DICARI mana KESILAPAN dalam TAKDIR yang DITETAPKAN oleh ILAHI Tapi CARILAH punca KELEMAHAN diri DALAM menempuh UJIAN yang DIBERI.

Usah DICARI mana KETENANGAN yang TIDAK diberi oleh ILAHI Tapi CARILAH punca KERESAHAN yang TIDAK diundang menempuh di dalam HATI.

Usah DICARI mana NIKMAT yang ALLAH tidak beri pada DIRI Tapi CARILAH punca KUFUR nikmat yang DIRI tidak TAHU MENGHARGAI.
Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia ibarat setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh karana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji..
“Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.”
''CINTA bertanya kepada PERSAHABATAN ''kenapa kau di perlukan sedangkan mereka sudah ada aku?''
Jawab PERSAHABATAN ''kerana aku selalu berikan mereka SENYUMAN ketika kau berikan KEKECEWAAN.
ketika kita sedih..
ketika itulah kita mengerti nikmat kebahagiaan..
ketika kita sakit..
ketika itulah kita merasai nikmatnya kesihatan..
ketika kita sunyi tanpa teman..
ketika itulah kita tahu betapa b'harganya s'buah p'sahabatan..
Dan..
ketika kita menutup mata untuk selama-lamanya..
ketika itulah kita tahu nikmatnya sebuah kehidupan..
♥ cinta ibarat kupu-kupu, makin kita mengejarnya, makin ia menghindar, tapi bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduganya, cinta bisa membahagiakanmu, tapi sering juga menyakitimu, namun, cinta tu istimewa apabila kau berikan pada seseorang yang layak menerimanya, jadi, janganlah terburu-buru mencari cinta dan pilihlah yang terbaik♥
Allah tak pernah janjikan langit selalu biru, jalan hidup tanpa batu, matahari tanpa hujan, kebahagiaan tanpa kesedihan, kejayaan tanpa perjuangan..Tapi Allah janjikan kemudahan bersama kesulitan, rahmat dalam ujian, ganjaran buat kesabaran, keteguhan dalam perjuangan.. Bukankah indahnya pelangi baru kita rasakan setelah turunnya hujan...?

~sama2 kita fikirkan...
¸.•..Aku lebih RELA ditinggalkan dengan KESEDIHAN oleh mereka yang aku sayang daripada aku meninggalkan mereka yang menyayangiku dan menyebabkan insan-insan itu bersedih kerana pemergianku….aku tahu betapa peritnya perasaan itu untuk ditanggung kerna aku MELIHAT sendiri ianya berlaku dan aku sendiri pernah merasai kedua-duanya. Sedih meninggalkan orang yang disayangi itu tidak setanding sedih apabila ditinggalkan oleh insan-insan tersayang…Justeru, sebelum insan-insan ini pergi meninggalkan, HARGAILAH mereka sebaiknya. InsyaAllah..¸.•
~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~
Bila LELAH menyapa dirimu,pejamkan mata dan bayangkan "Asma binti Abu Bakar" yang sedang memanjat tebing saat berjihad..
Bila UJIAN hidup membuatmu menangis,pelajarilah ketabahan "Asiah"
Bila CELAAN menyapa dirimu,hadirkanlah kesabaran " Maryam"
Bila PUTUS ASA membuatmu menyerah,bayangkan kesungguhan ''Hajar" yang berlari dari bukit Shafa&marwah..
InsyaAllah,moga dirimu terus KUAT dalam menempuh TARBIAH dariNya..aAminn..
~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~
sekuat mana pun godaan yang kita hadapi,
sekuat apa pun cubaan yang harus kita jalani,
sebesar apapun kegagalan yang kita rasai,
sejauh mana pun hari2 yang kita lalui,
jangan pernah berhenti berharap dari pertolongan ilahi..
kerana harapan adalah masa hadapan,
kerana harapan adalah sumber kekuatan,
kerana doa adalah pintu kebaikan dan
kerana doa adalah senjata orang beriman..~
♥"AkU dAmBaKaN SuAmi SeHeBaT rAsUlullAh, AkU CuBa BeRaHKLaK muLia sEpErTi kHaDijAh♥ JikA AkU mEngHaRaPkAn sUaMi SetAmPaN YUsUF, KaSiH SeTuLuS ZulAiKHA aKu UsAhAkAn♥ AkU mEnCaRi sUaMI SeTeGUH iBrAhim, lAlU AkU PeRlU SeKUaT hAjAr & SArAh♥ aKu bErMiMpi mEnDaPaT SuAmI SEpERtI AlI, mAkA aKu MEnGIKuti HebATNYa FatimAh" ♥
♥ hari ini akU ingin selalU tersenyUm..bukan sebab khayalan duniawi..tapi kerana bersyukur aku masih mampU mencari keredhaan-NYA..aku masih bernafas..dan aku masih terpilih untuk mengecapi nikmat yg terbesar bg setiap muslim iaitu nikmat ISLAM & IMAN..alhamdulillah..
marilah sama2 kita mencari keredhaan-Nya..usahlah terlalu sibuk mencari cinta manusia..kerana apabila kamu bergantung harap pada makhluk Allah yg lemah..pasti kamu akan kecewa..
setinggi mana cintamu pd seseorg..xakan dapat menandingi cinta Allah kepada hamba2-NYA yg mencintai-NYA..kerana DIA Maha Mencintai dan harus kamu ingat selaLu, DIA lah pemilik hati2 hamba2-NYA ♥
Sesuatu yang diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan, tetapi apa yang tidak diduga selalu berlaku dengan tiba-tiba... Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam tetapi usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti untuk selama-lamaya......... (",)
(^_^) Wahai sahabatku. Carilah lelaki yang mampu menjadi imam untukmu. Yang menitis air mata melihat kesakitanmu ketika melahirkan zuriatnya. Dan lelaki yang membangunkanmu untuk beribadat bersama-sama di sepertiga malam. Jika pencarian itu telah engkau temui, jangan lupa bersyukur kepada-Nya. Jadilah permaisuri hatinya, peneman dikala suka dan duka, pengubat rindu dan lara. (^_^)
InsyaALLAH ^_^
::...Tangiskanlah air matamu hanya kerana Allah..Janganlah alirkan air matamu pada mereka yang tidak patut ditangisi...Menangislah kerana takut akan azab neraka Jahannam...Menangislah mengenangkan keadaanmu sekarang.. Leka dengan arus duniawi,tenggelam dibuai dosa..menangis dan menangislah beserta tangisan air mata taubat...::
Takdir kadang² MEMPERTEMUKAN kita dengan SESUATU yang tidak diundang, MEMBERI apa yang tidak dirancang, MEMAKSA kita mengalirkan air mata kesedihan serta membuatkan kita rasa kehilangan... Namun TAKDIR juga menerpa kita dengan erti perkenalan, menyulam erti kasih sayang, menanam erti persahabatan, menghadiahi kemanisan dalam kegembiraan, menyemai benih keakraban, serta memberi PELUANG menilai siapa SAHABAT, siapa KAWAN dan siapa sekadar KENALAN yang mengisi ruang dalam episod kehidupan..
Ya ALLAH..
ajarkan aku keikhlasan..
ajarkan aku bagaimana menerima..
dan ajarkan aku tentang kelapangan dada..
Ya ALLAH..jika dia ditakdirkn menjadi milikku..dan jika dia pergi dariku..
izinkan aku mampu menahan diriku..
saat diri pilu..jiwa terpukul dan terluka..ku yakin itu adalah ujian dr MU..redhakanlah Ya ALLAH jiwa ini atas segala keputusanMU..
ܓ‘Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak pernah luntur baik dalam suka atau duka. Jika aku temuinya, aku ingin setia padanya’ – Imam Syafie
Takdir kadang² MEMPERTEMUKAN kita dengan SESUATU yang tidak diundang, MEMBERI apa yang tidak dirancang, MEMAKSA kita mengalirkan air mata kesedihan serta membuatkan kita rasa kehilangan... Namun TAKDIR juga menerpa kita dengan erti perkenalan, menyulam erti kasih sayang, menanam erti persahabatan, menghadiahi kemanisan dalam kegembiraan, menyemai benih keakraban, serta memberi PELUANG menilai siapa SAHABAT, siapa KAWAN dan siapa sekadar KENALAN yang mengisi ruang dalam episod kehidupan..
~ AKU bukanlah Siti Khadijah, yang begitu sempurna di dalam menjaga dirinya.
Pun bukanlah Hajar ataupun Mariam, yang begitu setia dalam sengsara.
TETAPI diriku hanya seorang wanita akhir zaman, yang bercita-cita menjadi wanita solehah.
Bimbinglah Aku, Ajarlah Aku
Fahamkan Aku Supaya Aku Tahu
Redhakanlah Hatimu Menerima Segala Kekuranganku
Kerana Aku Hanya Wanita Biasa~♥(◕‿◕)
(´'`v´'`)CINTA bukanlah kata MURAH dan LUMRAH
`•..•´dituturkan dari mulut ke mulut tetapi CINTA adalah anugerah TUHAN
.¸.•´¸.•* yang INDAH dan SUCI jika manusia dapat menilai ke'SUCI'annya.
(¸.•´ (¸.•♫¤*¨**¨*¤.¸¸.¸¸.¤*¨**¨*¤¤*¨*
WAHAI KAUM ADAM..Jika benar kau kasih & cintakan seorang HAWA itu•.♥•Bawalah dia ke jalan Allah•.♥•Nasihatilah dia•.♥•Perbetulkan kesilapannya•.♥•Jagalah dia dgn baik•.♥•Kasihanilah dia•.♥•Lindungilah dia•.♥•Berilah kasih syg padanya•.♥•Hargailah dia•.♥•Ucapkan terima kasih atas kelebihannya•.♥•Bersabar dengannya•.♥•Terimalah & cintailah kekurangannya•.♥•Jd IMAM terbaik & redhalah padanya..
♥ ~~ .. Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik,yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji,perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik,Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri,maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki!!!.. ~~ ♥
kita selalu berharap mentari akan hadir, kita selalu berharap rembulan akan menghiasi malam.. tapi kita harus berharap kepada Tuhan agar kita menikmati hari ini dengan penuh senyuman dan kebahagian...pagi telah tiba, saatnya membuka mata, siapkan jiwa, lalu mulailah berjalan untuk lewati hari ini dengan penuh ceria, buanglah semua kenangan buruk di masa lalumu, jalani hari ini dengan penuh semangat...!!! ♥
Dalam Sujud ku Bercerita . .
Dalam Sujud ku Meminta . .
Dalam Sujud ku Mengadu segalanya . .
Dalam Sujud ku Mengalirkan Airmata . .
Dalam Sujud ku Menemui Ketenangan & Kedamaian . .
Dalam Sujud ku Menemui Kebahagiaan yg Hakiki . .
Dengarlah Rintihan Hambamu Ini Ya Allah di Setiap Kali Dalam Sujud ku PadaMU ya Rabb . .
ingin ku kirim bunga..tapi aku takut ia akan layu..
ingin ku kirim senyum..namun takut tak terbalas..
ingin ku kirim rindu..mungkinkah tersampaikan..?
akhirnya..
aku kirimkan sebuah "doa" untuk semua
agar senantiasa selalu dalam keadaan sehat walafiatt..amen..
kadang2 usah dilayan perasaan itu..kelak dirimu yg merana..
biarlah rindu itu berlalu begitu sahaja..biarlah sayang itu merentasi masa..
kerana masa yg akan mengubati segala2nya..
dan Allah itu Maha Menyembuhkan dan Maha Mengatur segalanya..
memaafkan,tapi jgn sesekali melupakan..kerana stiap liku kehidupan adalah pengalaman yg berharga yang mampu mematangkan diri kita..
♥ sentiasalah hidup bersama DIA..yg kasih sayang-NYA sentiasa melimpah dan tak terbatas walau seketika♥
WAHAI KAUM ADAM..Jika benar kau kasih & cintakan seorang HAWA itu•.♥•Bawalah dia ke jalan Allah•.♥•Nasihatilah dia•.♥•Perbetulkan kesilapannya•.♥•Jagalah dia dgn baik•.♥•Kasihanilah dia•.♥•Lindungilah dia•.♥•Berilah kasih syg padanya•.♥•Hargailah dia•.♥•Ucapkan terima kasih atas kelebihannya•.♥•Bersabar dengannya•.♥•Terimalah & cintailah kekurangannya•.♥•Jd IMAM terbaik & redhalah padanya..
♥ Redup Wajah Seribu Rahsia ♥ Ku Tidak Mengerti Apa Alahnya ♥ Sedang Diri Ku Terasa Hiba ♥ Kini ♥ Ku Cuba Menyelaminya ♥ Di Sebalik Raut Yang Tersembunyi Secalit Duka ♥ Tiada Hujungnya ♥ Biar Pedih Merobek Kalbu ♥ Luka Di Hati Siapa Yang Tahu ♥ Senyum Di Bibir Tawa Bersilu ♥ Hati Menangis Penuh Sendu ♥ Sarat Mata Memandang ♥ Jiwa Dibeban Kesan Yang Mendalam ♥ Kerana Sering Hilang Sebuah Pertimbangan ♥ Cinta Jadi Mainan ♥
“Sesungguhnya lubang jarum tidak terlalu sempit bagi dua orang sahabat yang saling mencintai. Sebalikya, dunia ini tidak cukup luas bagi dua orang yang bermusuhan.”


SAHABAT..
Kiranya waktu skejap itu menjadi knangan utk kita ingati sepanjang zaman,
ingatlah aku selagi kau mampu..
Jika pula masa mendatang memisahkan keakraban yg telah lama terbina,
ukirlah secebis "tentang aku" dihatimu..
Agar nanti tika bersua, kau masih mengingati siapa diriku...♥
◕‿◕"..Tidak bertemu MATA,,tidak bertemu SUARA..tidak mengungkap JANJI,,tidak bermadah CINTA..cukuplah kata mengingati ALLAH,,cukuplah nasihat serta teguran..cukuplah aku tahu kau punya AGAMA & IMAN..Hati kita ALLAH yang punya,,Hati kita ALLAH yang jaga..
berDOAlah,,kerana itu SENJATA kita..andai TAKDIR hidup bersama,,pasti ALLAH akan mempermudahkan JALANnya..."●•٠·
═══════ ●● ═══════★★═══════ ●● ═══════★★═════
Hakikat SYUKUR itu bukanlah dengan kamu MENGHITUNG2 NIKMAT yang Allah kurniakan kepada kamu, tetapi hakikat syukur itu ialah dengan kamu mengetahui bahawa tiada yang MEMBERI nikmat itu melainkan Allah Ta'ala
."═══════ ●● ═══════★★═══════ ●● ═══════★★═════
Bila ada yang sayang, jangan lukai hatinya..
Bila ada yang cinta, jangan kamu titiskan air matanya..
Bila ada yang menanti, pastikan kamu kembali..
Bila ada yang setia, lakukan yang sama..
Bila dia pergi, pergilah kejari selagi merasa dia bererti..
Kerana bila dia tiada di sisi, kamu akan sunyi dan sepi..
Usah DICARI mana KESILAPAN dlm TAKDIR yang DITETAPKAN oleh ILAHI,
Tapi CARILAH punca KELEMAHAN diri DALAM menempuh UJIAN yg DIBERI..
Usah DICARI mana KETENANGAN yg TIDAK diberi oleh SANG ILAHI,
Tapi CARILAH punca KERESAHAN yg TIDAK diundang menempuh di dlm HATI..
Usah DICARI mana NIKMAT yang ALLAH tidak beri pada DIRI,
Tapi CARILAH punca KUFUR nikmat yg DIRI tidak RETI MENGHARGAI..
"Pada waktu bersujud, bisikkan semua urusan kamu kepadaNya, kerana Dia Maha Mengetahui apa yang tersembunyi. Jangan sampai orang disebelah kamu mendengar, kerana cinta itu memiliki rahsia tersendiri..sedangkan manusia ada yang iri hati dan ada yang sukar untuk memberi pertolongan.Kirimlah surat pada waktu sahur dengan tinta air mata..dengan kertas pipi berukirkan ketaatan dan dengan alamat yang dituju adalah ‘Arasy. Setelah itu tunggulah balasannya".
BERJALANLAH dgn penuh HARAPAN walau hidup x selalu BAHAGIA, SEDEKAHKANLAH satu SENYUMAN walau hati x lagi mampu bertahan..
belajarlah MEMAAFKAN walau diri terluka,
berhentilah memberikan ALASAN walau ingin menyatakan KEBENARAN,
hiduplah dlm IMAN walau hari dipenuhi GODAAN..
BERPEGANGLAH pada ALLAH walau Dia x kelihatan..
♥ Belajar DIAM dari banyaknya BICARA ,
♥ Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN ,
♥ Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG ,
♥ Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN ,
♥ Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN ,
♥ Belajar TAWAKKAL dari UJIAN ,
♥ Belajar REDHA dari satu KETENTUAN ...
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•
Siangku tak selalu dalam iman yang teguh..Malamku tak sentiasa dibasahi airmata taubat..Pagiku tak selalu terhias oleh zikir pada MU..
Begitulah si lemah ini dalam upayanya yang sedikit..Janganlah kau cabut nyawaku dalam keadaan lupa pada Mu Atau….dalam maksiat kepadaMU “Ya Allah Tutuplah mata ini dengan khusnul khotimah" ameen..
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•
Sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk lelaki..
bukan dari kepalanya untuk dijunjung,
bukan dari kakinya untuk dijadikan pengalas, tetapi dari sisinya...
dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan
dekat dengan hatinya untuk dicintai...♥
Bercinta bukanlah kata mudah dan lumrah untuk dituturkan
dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Allah SWT yang indah
dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya...♥
Ketika kita sedih,
ketika itulah kita mengerti nikmat kebahagiaan..
Ketika kita sakit,
ketika itulah kita dapat merasakan nikmatnya kesihatan..
Ketika kita sunyi tanpa teman,
ketika itulah kita tahu betapa berharganya sebuah persahabatan...♥
Read more ...

puisi rindu

Thursday, October 17, 2013
 RINDU

 

bagaimana ingin ku nyatakan
hati sudah mula merindu
tak terhitung rasanya
tak terbawa beban yang ditanggung


berbicara tentang semalam
banyak kenangan yang mengasak
melimpah ruah menerjah benak
meresap jiwa tersentuh kalbu


aku mengenalimu
aku mengenal kasih dan sayang
aku mengerti mengapa berderai airmata
aku mengerti mengapa sebaknya dada
 

rindu ini datang lagi
tiada ubat untuk merawat
hiba datang tidak ku pinta
air mata menjadi teman setia


ingin ku berlari jauh membawa diri
menjejak ceruk dan danai dahulu
gurau senda usikan manja
wajah ceria tanpa duka


rindu ini mengajar aku
hakikat sebuah kehidupan
apa itu kasih dan sayang
kerna itu adalah ketentuanNya
agar ku redha…penuh kesyukuran…
Read more ...

kisah-kisah aramai tih

Thursday, October 17, 2013

Aramai tih......apa bah itu???ada pantang larang juga lah.......lol.....

ARAMAI TIH menurut kamus "poginuman" boleh membawa maksud "ramai nyaaaaa......" , "meriah!!!" , "fantastic!!!!" , "enjoy!!!", "syok"....dimana ia menggambarkan mood dan ekspresi gembira semasa sesuatu majlis keramaian, ataupun juga acara "suka-suka" momoduk (membeli alkohol untuk tujuan moginum)....

Namun hati-hati kamu kalau mau cakap istilah ini sama orang sarawak terutama orang Iban sebab dalam definisi bunyi bahasa mereka membawa maksud MARI MATI...... ARAM = Mari....MAITI / MATI = mati.....hehehhee

Sama juga macam itu OK BAH KALAU KAU, dan BULIH BAH KALAU KAU....ARAMAI TIH juga sudah menjadi satu ayat trademark oleh orang Sabah terutamanya etnik dalam kaum KADAZANDUSUN....jadi memang tidak hairan lah kalau asal ada karamaian kah, poginuman kah mesti WAJIB ayat ini kana sebut....

Tapi ayat ini BAHAYA dan "ADA KUASA,AURA SUPERNATURAL" sikit...jadi ada beberapa PANTANG yang MESTI kita patuhi sebelum suka-suka teriak ARAMAI TIH.....mau tahu apa pantang larang itu???? setelah tanya BOBOLIAN dan ORANG-ORANG TUA, serba ringkas pantang tersebut :

  1. Masa ada orang moguhod (mengamuk / begaduh) jan pandai-pandai teriak ARAMAI TIH kalau tidak mau teikut biru mata atau betaburan gigi di lantai.....
  2. Jangan suka-suka teriak ARAMAI TIH masa ada minum tapai untuk orang mati...nanti takut kita teikut mati kana tumbuk oleh tuan rumah.....
  3. Jangan suka-suka teriak ARAMAI TIH masa bejalan 1 orang.....takut nanti sana BUKIT PADANG nanti kita.....
  4. Jangan suka-suka teriak ARAMAI TIH masa dalam gereja, kuil, surau, masjid.....takut nanti kena tapap orang ramai......
  5. Masa begaduh sama sumandak,tanak wagu jangan suka-suka cakap ARAMAI TIH kalau tidak mau kena cerai....
  6. Kalau di sekolah atau tempat kerja pun jangan teriak tidak tentu pasal ARAMAI TIH.....gelap masa depan nanti.....
  7. Jangan teriak ARAMAI TIH sama budak-budak.....takut budak-budak tu gelap masa depan juga....
  8. Jangan teriak ARAMAI TIH di shoping complex.....kecuali "kulit muka" kita tebal......
  9. Masa kena saman polis, jangan cakap ARAMAI TIH kalau tidak mau angka di kertas saman itu bertambah.....
  10. Kalau ada rumah terbakar, pun jangan teriak ARAMAI TIH....takut kita pula yang kana "luguh (panggang)" nanti... 
Bah itu sajalah pantang larang dia...mesti hafal dan jadikan ingatan........berARAMAI TIH lah dengan bijak dan berdisiplin.....ARRRRRRAAAAAMAAAAIIII TIIIIIHHHHHHH!!!!!!!

Read more ...

warisan budaya entik

Thursday, October 17, 2013

Pelbagai Warisan Budaya Etnik Sabah Dan Sarawak


BUDAYA I:
Budaya Masyarakat Kenyah
SMAHADZIR
MASYARAKAT Kenyah berada dalam kelompok Orang Hulu Sarawak termasuk orang Punan, Puket, dan Sabah. Etnik ini tinggal di Sungai Boram dan sekitar Ulu Baloi dan terbahagi kepada beberapa kumpulan yang tinggal di rumah panjang dikenali sebagai Bodeng, Rumah Bakah dan Rumah Kulit.
Masyarakat ini merupakan masyarakat yang terdiri sebagai ‘nucleus’ iaitu satu keluarga beberapa keturunan iaitu ada datuk nenek, ibu bapa, anak-anak. Mereka tinggal di rumah panjang yang diketuai oleh ‘Ketua lamin’ (suami) dan ‘Ketua rumah’ (ketau). Di kampung rumah panjang itu ada pula lapisan pemimpin yang dikenali sebagai ‘Ketua kampung’ (penghulu), ‘Pemancar’ dan ‘Temenggung’.
Strata Masyarakat
Masyarakat Kenyah ini adalah masyarakat yang berstrata iaitu mempunyai kelas. Ada tiga kelas sosial iaitu Paren, Panyen dan Lapen. Paren (maren) adalah golongan kelas aristokrat. Golongan Paren turut terbahagi kepada beberapa kelas lagi iaitu Paren Besar, Paren Kecil Besar dan Paren Kecil.
Kelas Paren adalah golongan pahlawan yang sudah biasa potong kepala manusia. Paren duduk di tengah-tengah rumah panjang. Mereka dianggap pahlawan yang berjasa. Dalam proses sosialisasi masyarakat itu, peperangan merupakan sesuatu yang wajib.
Untuk menjadi seorang dewasa, seseorang lelaki mesti menyertai peperangan dan memotong kepala. Sebelum perang dimulakan, mereka perlu melakukan ritual tertentu. Sebelum berkahwin juga, seorang lelaki mesti berhasil memotong kepala musuh sebelum dibenarkan kahwin. Kalau dia berjaya, barulah bermakna dia boleh melindungi keluarganya.
Sebagai seorang Paren, dia mesti berupaya melindungi masyarakatnya justeru harus selalu pergi berperang. Golongan ini hanya mahu berkahwin dengan golongan Paren sahaja, supaya dapat mengekalkan kedudukan. Sekiranya lelaki Paren berkahwin dengan perempuan Panyen, taraf kedudukannya dalam masyarakat jatuh satu tangga.
Kelas Panyen adalah golongan rakyat biasa dan bukan keturunan Paren. Lapen pula adalah golongan hamba, yang diambil untuk bekerja. Mereka tidak punya rumah tetapi menumpang dengan keluarga yang menjadi Tuan atau majikan mereka. Mereka hanya pekerja.
Mudah untuk mengenali golongan Paren, iaitu melalui imej tatu yang penuh di badan. Sekiranya imej tatu hanya separuh, seperti contoh cuma di kepala, mereka golongan biasa. Ahli masyarakat yang mempunyai kedudukan tinggi, tatu mereka dari dagu hingga ke dada. Tatu itu sendiri merupakan lambang keberanian kerana tatu tradisi yang mereka lakukan itu amat menyakitkan.
Wanita Kenyah
Masyarakat Kenyah berperang dengan tidak melibatkan kaum wanita. Kaum Wanita dianggap cantik jika mempunyai telinga panjang-panjang. Telinga mereka menjadi panjang kerana perhiasan anting-anting tembaga. Anting-anting juga melambangkan kedudukan wanita Kenyah. Lebih besar anting-anting itu, lebih tinggi kedudukan mereka.
Hukuman Ke Atas Penzina
Sekiranya ahli masyarakat Kenyah melakukan zina, mereka akan dihukum dengan pokok tepus atau dikenali dengan nama saintifik, Amomum. Pokok tepus berlapis, dan kalau ditarik daunnya, akan sampai ke pokok. Dalam tradisi perubatan Melayu, pokok Tepus boleh merawat keputihan dan pelbagai penyakit kelamin.
Dalam sistem perkahwinan orang Kenyah, sepupu selari tidak dibenarkan berkahwin. Maksudnya sekiranya bapanya adik beradik, anak-anak mereka tidak boleh dikahwinkan. Kalau silang seperti emak dan bapa pasangan itu adik beradik, mereka boleh berkahwin.
Bagi masyarakat Kenyah, perlakuan seks sebelum berkahwin amat dilarang. Sekiranya masyarakat melakukan kesalahan tersebut, mereka dikenakan hukuman yang dipanggil ‘pelabai’. Terakhir ‘pelabai’ diamalkan sebelum masyarakat menerima ‘Christianity’ dan sebelum menerima budaya luar. Kes terakhir orang yang kena ‘pelabai’ masih hidup di Sarawak, bernama Poi Ek.
Kisah Poi Ek
Apabila guru-guru mula masuk ke perkampungan Kenyah di akhir tahun 60an, berlaku anjakan paradigma masyarakat mengenai adat mereka. Poi Ek telah bertunang dengan seorang gadis di kampung itu. Syarat perkahwinan mereka, disebabkan bakal isterinya golongan paren, sewaktu bersanding nanti isterinya mesti duduk atas gong.
Justeru dia harus keluar ke bandar untuk membeli gong. Si suami pula duduk di lantai sewaktu bersanding. Dia juga terpaksa menyediakan makanan yang mencukupi untuk penduduk kampung, iaitu 10 ekor babi, ayam itik dan sebagainya.
Disebabkan perbelanjaan itu besar, Poi Ek terpaksa keluar ke bandar untuk bekerja mencari wang. Sewaktu peninggalan Poi Ek, tunangnya bermain kayu tiga dengan guru yang berasal dari kaum Bidayuh. Poi Ek pulang setelah 6 bulan dengan kelengkapan yang cukup tetapi tunangnya tidak mahu berkahwin dan minta lembaga adat memutuskan pertunangan itu.
Setelah disiasat, tunangnya mengatakan dia tidak mendapat kepuasan seks daripada Poi Ek tetapi mendapat kepuasan daripada guru Bidayuh itu, yang memasang palang pada kemaluannya. Setelah pengakuan daripada tunangnya, Poi Ek terpaksa mengaku mereka pernah mengadakan hubungan seks sebelum dia keluar ke bandar.
Justeru kedua-duanya dijatuhkan hukuman Pelabai dan guru Bidayuh itu pula dikenakan saman dan dihalau keluar daripada kampung. Cerita Poi Ek, guru itu akhirnya berkahwin dengan bekas tunangnya yang lari keluar dari kampung Kenyah.
Pelabai
Pelabai adalah hukuman berat yang menunjukkan kebencian masyarakat terhadap perlakuan seks sebelum kahwin. Di dalam rumah panjang ada ruang berjalan kaki. Di sebelahnya ada pentas kecil yang membolehkan mereka menjalankan kegiatan seperti menyulam dan sebagainya. Kemudian, ada amin (bilik-bilik kecil). Ada tiang yang banyak di situ.
Pada Hari pertama, wanita yang dihukum Pelabai akan diikat di salah satu tiang dengan bertelanjang bulat. Tangannya akan diikat ke atas. Penduduk rumah panjang yang lalu lalang akan menghina, meludah, menyumpah dan mencerca wanita itu.
Sekiranya wanita itu mengandung, dia akan dihantar ke kawasan perkuburan. Kubur terletak di bahagian hilir seberang sungai. Keluarganya hanya boleh menghantar makanan tanpa berkata apa-apa sehinggalah wanita itu cukup bulan. Wanita itu harus menggali lubang sendiri dan beranak di situ. Bayi yang dilahirkannya mesti dikuburkan hidup-hidup. Biasanya, si ibu turut mati kerana beranak seorang diri, tanpa bantuan.
Biasanya, sekiranya ada wanita-wanita Kenyah mendapati diri mereka hamil sebelum kahwin, mereka akan lari keluar dari kampung dan bekerja di bandar. Bagi mereka, Bandar merupakan tempat pelarian.
Hukuman Pelabai ke atas lelaki Kenyah pula adalah, ditelanjang bulat dan dihantar ke sungai. Lelaki itu harus berdiri di sungai hingga air sungai ke paras pusat. Lelaki ini akan berdiri dari matahari terbit hinggalah matahari terbenam. Orang-orang di rumah panjang akan menggunakan batang tepus untuk merejam ke arah kemaluan lelaki itu.
Batang tepus memang kuat dan boleh mencederakan malah, membunuh. Biasanya, lelaki yang menjalani Pelebai akan mati. Sekiranya hidup, dia akan lumpuh dan tidak dapat berfungsi sebagai lelaki sejati. Namun dalam kes Poi Ek, dia mendapat simpati masyarakatnya sehinggakan dia berjaya melalui Pelabai tanpa lumpuh dan cedera pada alat sulit. Batang tepus yang direjam ke arahnya sengaja tidak dicampak mengenai sasaran atau sengaja direjam dengan kekuatan yang minima sahaja.
Kini, hukuman Pelabai ke atas masyarakat Kenyah yang berzina tidak diamalkan lagi. Kebanyakan masyarakat Kenyah telah menganuti agama Kristian. Walaupun tradisi Pelabai tidak diamalkan, pokok tepus terus ditanam dan dipelihara di Sarawak. Malah pokok tepus menjadi lambang tradisi masyarakat Kenyah.

BUDAYA II:
Adat Mengawal Kubur Masyarakat Bajau
MASYARAKAT Bajau berjumlah kira-kira seperlapan daripada penduduk Sabah. Yayasan Sabah mengatakan bahawa masyarakat Bajau sebenarnya berasal dari Indonesia. ‘Bajau’ bermaksud berjauh-jauhan’ dan inilah yang dilakukan oleh masyarakat Bajau iaitu keluar dari kelompoknya dan berhijrah ke kawasan kepulauan Borneo hingga Filipina. Masyarakat Bajau di Sabah kebanyakannya menginap di persisiran pantai. Seperti masyarakat Melayu lain, masyarakat Bajau menjadi nelayan dan bertani. Namun masyarakat Bajau hari ini dianggap antara golongan yang kaya di Sabah.
Masyarakat Bajau yang asalnya berfahaman animisme, kini telah banyak memeluk agama Islam. Namun demikian, beberapa adat, budaya dan kepercayaan masih dipegang kuat kerana telah diamalkan turun temurun. Adat paling menarik dalam budaya masyarakat Bajau ialah adat mengawal kubur. Kawalan kubur selama tujuh hari dimestikan kerana masyarakat Bajau percaya mayat akan didatangi balan-balan dalam tempoh tersebut. Masyarakat Melayu secara amnya percaya, akan musnah semua organ dalam tubuh mayat dalam masa tujuh hari kerana perut yang semakin menggelembung akan bocor. Sememangnya dalam kajian saintifik juga, mayat manusia akan reput sepenuhnya dalam masa tujuh hari.
Masyarakat Bajau percaya ‘Balan-balan’ merupakan sejenis lembaga yang berasal daripada manusia. Menurut cerita orang tua-tua Bajau, ‘Balan-balan’ terjadi apabila manusia itu salah menuntut dan mengamalkan ilmu kebatinan. Tujuan ilmu ini adalah supaya sentiasa muda, cantik dan boleh hidup lama. Manusia yang ingin mengamalkan ilmu ini hendaklah mengamalkan jampi mantera ilmu balan-balan selama empat puluh hari empat puluh malam berturut-turut. Kemudian, badan pengamal ilmu syaitan ini akan terasa panas dan miang. Pada saat itulah, kepalanya akan tercabut dan terpisah dari tubuh badan sambil membawa keluar segala isi tubuh dan perut.
‘Balan-balan’ kelihatan sama seperti hantu ‘penanggalan’ atau ‘Tenggelong’ yang dikenali oleh kebanyakan orang Melayu. Namun bezanya, tidak pernah ada kisah penanggalan atau Tenggelong menyerang mayat untuk mendapatkan makanan. Dikatakan, sebenarnya balan-balan suka menjilat darah pada uri perempuan bersalin. Namun sekiranya balan-balan gagal mendapatkannya, balan-balan akan menyerang dan menghisap darah manusia. Sekiranya masih gagal menghisap darah manusia, balan-balan akan menyerang mayat manusia dan memakan segala organ dalam tubuh mayat itu, terutama hati.
Balan-balan dikatakan hanya terbang pada waktu malam dan bergerak bebas seperti manusia biasa pada siang hari. Dikatakan, cara untuk mengenalpasti balan-balan adalah dengan melihat pada matanya. Mata balan-balan dikatakan sentiasa merah. Untuk memastikan lagi, potonglah limau nipis sambil memperhatikan matanya. Jika dia mengamalkan ilmu balan-balan, matanya akan berair. Pengamal ilmu balan-balan juga tidak suka pada benda berduri dan tajam kerana semua itu boleh mengakibatkan isi perutnya yang terburai itu tersangkut dan luka. Justeru di halaman rumahnya tidak akan ada pokok yang berduri seperti pokok limau dan benda-benda tajam seperti buluh.
Berbalik pada adat mengawal kubur masyarakat Bajau, adat yang sepatutnya menyeramkan ini sudah menjadi seperti budaya masyarakat yang ditunggu-tunggu dan membawa keceriaan. Lelaki Bajau yang terdiri daripada saudara mara si mati akan mengawal kubur sepanjang malam selama tujuh hari. Kaum wanita dan kanak-kanak pula akan berjaga di rumah si mati.
Adat mengawal kubur ini menjadi semacam hiburan pula apabila para penjaga kubur mengadakan permainan untuk mengelakkan rasa mengantuk atau rasa takut. Antara permainan yang biasa dilakukan semasa mengawal kubur adalah ‘pasang’ ,congkak, daun terup dan sebagainya. Bagi orang-orang tua Bajau, permainan-permainan ini sudah menjadi semacam ritual magis untuk menyingkirkan kuasa-kuasa luar biasa. Orang luar pastinya berasa hairan apabila melihat adat mengawal kubur ini meriah dan ceria dengan jerit pekik dan tawa para pengawal kubur.
Mereka bergurau senda dan berhibur sepanjang malam. Namun setiap kebiasaan sesuatu masyarakat memang lazimnya dianggap luar biasa oleh masyarakat lain. Itulah yang menonjolkan keunikan dan warna warni budaya masyarakat Melayu yang rencam.

BUDAYA III:
Tradisi Buluh Dalam Budaya Iban
SEJAK dahulu lagi, masyarakat Iban telah menggunakan sumber hutan khususnya buluh untuk keperluan asas kehidupannya seperti tikar dan rumah. Sehingga sekarang, masyarakat Iban masih menukar buluh payan dan buluh surik dengan daun nipah, gula nipah, pekasam ikan dan udang. Pertukaran itu dibuat dengan masyarakat Melayu di kampung-kampung berdekatan kawasan mereka tinggal.
Buluh telah digunakan untuk membuat alat menangkap ikan seperti serkap, bubu, dan lukah. Buluh juga digunakan untuk membuat rakit, salah satu jenis pengangkutan untuk menyeberangi atau menyusur sungai. Rebung (anak buluh) merupakan makanan pembuka selera juadah masyarakat Iban. Mereka akan memasak rebung dengan pelbagai cara daripada menjadi sayur lemak, sehinggalah masak gulai ikan campur rebung.
Buluh juga dapat dijadikan senjata. Tukak (buluh yang diruncingkan) ditanam keliling rumah panjang untuk melindungi rumah panjang daripada serangan musuh. Musuh yang menyerang akan terpijak tukak-tukak dan kaki mereka luka. Semilu pula merupakan sejenis pisau yang amat tajam yang dibuat dengan menggunakan kulit bahagian luar buluh dan kulit bahagian dalam buluh. Semilu boleh digunakan untuk memotong sesuatu yang lembut seperti tembakau. Tembakau yang dipotong dengan semilu tidak berserabut.
Ratai buluh adalah buluh mati sudah kering. Ratai Buluh dijadikan kayu api untuk membakar kerubung siput atau kerang. Kerubung siput atau kerang yang dibakar kemudian ditumbuk halus untuk membuat kapur sirih. Buluh yang hangus tidak menjadi arang seperti kayu api. Inilah yang memudahkan proses mengambil kerubung siput yang dibakar itu. Ratai buluh juga boleh membuat batu api. Ratai buluh munti yang sudah kering ditumbuk halus dalam sebuah bekas khas yang dibuat daripada buluh ataupun kayu. Apabila ditumbuk, ia akan mengeluarkan percikan api. Percikan api itulah yang digunakan sebagai sumber api.
Selain itu, buluh menjadi unsur penting dalam kesenian tradisi persembahan atau perubatan tiang pancha, ‘Biau Pengancha’ memaparkan betapa masyarakat Iban mempunyai falsafah yang tinggi tentang buluh. Ritual perubatan ‘tiang pancha’ menggunakan buluh sebagai tiangnya. Upacara dilakukan di halaman rumah panjang, pada waktu senja. Ritual bertujuan untuk mengambil semula semangat pesakit yang dipercayai telah ditangkap oleh hantu jahat.
Ritual Biau Pengabang harus dilakukan dahulu sebelum sebarang upacara Gawai, seperti Gawai Antu yang banyak menggunakan buluh. Kalau tak dibuat, masyarakat Iban mungkin mendapat malapetaka seperti terkena rasukan hantu yang paling mereka takuti iaitu pansa antu.
Selain itu, buluh turut dianggap mempunyai unsur mistik. Buluh Perindu dikatakan boleh dijadikan bahan membuat minyak pengasih bercampur cenuai. Sastera lisan masyarakat Iban tentang seorang bodoh dengan seorang pintar yang pandai menipu menjadi cerita tradisi yang tinggi falsafahnya. Apai Saloi yang bodoh, telah menukar rumahnya yang kukuh dengan pondok buluh Apai Seumang-umang. Sebabnya, Apoi Saloi suka mendengar pondok buluh yang boleh menyanyi.
Jika dalam Hikayat Melayu ‘Buluh Betung’ dianggap sebagai buluh yang paling besar, kuat dan lasak antara semua jenis buluh, masyarakat Iban juga mempunyai pemikiran yang sama. Cerita rakyat berunsur mitos asal usul keturunan iaitu ‘Pateh Ambau’ menunjukkan masyarakat Iban percaya bahawa asal usul nenek moyang mereka mempunyai kaitan dengan buluh yang paling kuat. Ini melambangkan bahawa asal keturunan mereka memiliki kekuasaan, kebesaran dan keajaiban.
Memandangkan buluh merupakan simbol kekuatan bagi masyarakat Iban, banyak peribahasa mereka menggunakan unsur buluh untuk dijadikan perbandingan dan falsafah. Sebagai contoh, peribahasa ‘Ngelanggai bayan’ yang bermaksud buluh muda dilambangkan dengan ekor burung bayan dan buluh itu melambangkan anak lelaki Iban yang baru meningkat remaja. Peribahasa ‘Orang di Munsi Tubu Orang di ulu kena miang’ membawa maksud yang hampir sama dengan peribahasa Melayu ‘Orang lain makan nangka, orang lain kena getahnya’.
Dalam upacara kematian, Buluh Payan digunakan untuk mengusung keranda orang mati ke kubur. Spesies buluh Payan dipilih kerana buluh ini kuat, ringan dan tak mudah patah. Jika kayu yang dijadikan usungan, kayu berat dan mudah patah. Masyarakat Iban menggunakan Buluh Manti untuk menyukat saiz lubang kubur kerana buluh bentuknya lurus dan cukup panjang.
Namun buluh kian sukar ditemui kerana kerja-kerja penyehutanan telah banyak menghapuskan spesies buluh. Masyarakat orang asli Iban yang banyak bergantung kepada hutan kehilangan budaya mereka. Pemodenan juga membuatkan penggunaan buluh sebagai bahan keperluan asas digantikan dengan bahan lain. Budaya tradisi kian terhakis. Hilang hutan, hilanglah budaya mereka.
Tupai sama tupai
Begagai pucuk murni
Tuai sama tuai
Bertundi diri sama diri

BUDAYA IV:
Amalan Kesihatan Masyarakat Iban
AMALAN penjagaan kesihatan tradisional masyarakat Iban di daerah Serian pula banyak memberi kesejahteraan kepada masyarakat Iban. Pelbagai aktiviti seharian yang mereka lakukan seperti amalan pemakanan, amalan tidur, amalan bersukan, amalan urut, kepercayaan dan perubatan tradisional terbukti mampu mengekalkan kesihatan masyarakat moden hari ini.
Asal usul etnik Iban di Sarawak ini agak kabur dan sukar ditentukan dengan tepat kerana tiada catatan sejarah atau rekod bertulis mengenainya. Peluasan orang Iban di merata tempat di Sarawak boleh dijelaskan kerana budaya masyarakat Iban yang mengamalkan sistem tanaman padi secara berpindah-randah, untuk mendapatkan hasil yang lumayan.
Namun ada 3 teori yang mengatakan; masyarakat Iban berasal dari Sumatera yang berhijrah ke Borneo lebih kurang 300 tahun dahulu. Ada juga yang berpendapat bahawa etnik Iban berasal dari Timur Tengah yang kemudian ke Sumatera, memandangkan kedatangan etnik Iban ada disebut dalam bahagian awal beberapa tusut Iban yang panjang.
Tusut merupakan susur galur masyarakat Iban yang melebihi 2 generasi. Teori ketiga pula berpendapat masyarakat etnik Iban berasal dari Batang Kapuas di daerah Kalimantan dan kemudian berhijrah ke jajahan Sarawak.
Biar dari mana asal etnik Iban, keunikan masyarakat ini amat menonjol dari sudut budaya adat resamnya seperti budaya ‘rumah panjang’, ‘ngayau’, ‘ngayap’ serta ‘Pesta Gawai’. Kesemuanya mencerminkan nilai kerjasama, persaingan sihat serta perpaduan yang berpegang pada prinsip persamaan hak.
Rumah Panjang orang Iban ialah cantuman beberapa buah bilik yang dimiliki oleh keluarga yang berasingan dan membentuk satu deretan rumah yang panjang. Walaupun beberapa keluarga tinggal dalam satu rumah panjang, namun setiap keluarga mempunyai autonomi dalam hal ehwal keluarga masing-masing. Setiap rumah panjang mesti mempunyai tokoh-tokoh pemimpin seperti ‘Tuai Rumah’ dan ‘Tuai Burong’. Tugas ‘Tuai Rumah’ biasanya melibatkan hubungan antara keluarga, masalah hubungan dan lain-lain masalah yang berkaitan dengan alam nyata.
Tugas ‘Tuai Burong’ pula berkaitan dengan hubungan manusia dan makhluk ghaib. Tugasnya adalah mengetuai sesuatu upacara ritual dan perubatan tradisional. Beliau bertanggungjawab menjaga kesihatan anak buahnya dan harus sentiasa bersedia untuk mengubati dan memastikan anak-anak buahnya dalam keadaan yang baik dan sihat.
Dalam masyarakat Iban, mereka mengamalkan sistem perubatan ‘Manang’. ‘Manang’ boleh juga disamakan seperti bomoh atau pawang di kalangan orang Melayu. Masyarakat Iban menganggap status Manang sebagai tinggi dan mesti dihormati. Manang dianggap sebagai golongan istimewa.
Manang sering berperanan meyakinkan masyarakat Iban bahawa setiap penyakit atau keuzuran dapat diatasi dengan amalan penjagaan kesihatan yang diwarisi. Sistem ini juga dapat diselaraskan dengan amalan pantang larang serta kepercayaan tertentu. Sesiapa yang melanggarnya akan disumpah dan dibalas dengan keuzuran yang lebih teruk.
Sistem perubatan masyarakat Iban merangkumi konsep ‘sihat dan sakit’, rawatan penyembuhan dan pemulihan, dan pakar-pakar perubatan tradisional. Kesemuanya merupakan komponen utama yang menjadi latar belakang dan mencorakkan keseluruhan ide dan amalan dalam sistem perubatan masyarat Iban Malaysia.
Konsep ‘sihat dan sakit’ boleh didefinisikan sebagai kebolehan fizikal dan mental melakukan tugas seharian. Sihat merujuk kepada sihat fizikal, emosi, fikiran, berperilaku normal dan berupaya menjelaskan serta melaksanakan tugas seharian, Seseorang itu boleh dianggap sakit atau uzur jika fizikalnya lemah, tidak bertenaga, berlaku gangguan emosi dan usia tua yang mempunyai taraf kesihatan yang rendah.
Terdapat dua faktor yang membawa kepada masalah kesihatan iaitu faktor semulajadi dan faktor magis. Faktor semulajadi berkait rapat dengan kecuaian manusia, cuaca, pemakanan, kuman dan bakteria. Faktor ghaib pula melibatkan semangat dan unsur ghaib, serta juga pantang larang seperti ‘kempunan’.
Masyarakat Iban percaya bahawa ala mini dikuasai oleh suatu kuasa yang tertinggi dan dibantu oleh satu organisasi dalam mengatur hal ehwal manusia. Selain kuasa tertinggi, masyarakat Iban mempunyai kepercayaan animisme bahawa makhluk-makhluk lain atau kuasa-kuasa ghaiblah yang sering mengganggu kesihatan mereka. ‘Manang’ yang telah disebut tadi, boleh menggunakan makhluk-makhluk tersebut untuk mencapai hasrat mereka atau hasrat individu tertentu, sehingga membawa kecelakaan atau keuzuran kepada seseorang.
Berbalik pada amalan kesihatan masyarakat Iban, mereka memakan apa sahaja yang boleh dimakan dan tidak wujud makanan halal haram. Masyarakat Iban di kawasan Serian banyak memakan tumbuh-tumbuhan seperti sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan.
Daging hasil buruan dan tangkapan ikan sering dibahagi sama rata dengan keluarga di rumah panjang. Masyarakat Iban sering menjaga keimbangan pemakanan mereka kerana memakan makanan yang tidak seimbang ‘konsep sejuk dan panasnya’, boleh menyebabkan alahan dan sakit. Makanan sejuk adalah seperti sayur-sayuran dan buah manakala makanan panas pula adalah seperti daging dan lada.
Mereka meminum ‘air tapai’ yang memabukkan pada musim pesta gawai dan menganggap air itu dalam kategori sejuk kerana boleh mengurangkan suhu panas badan. Air tapai jika diminum secara berlebihan boleh mengakibatkan seseorang yang berpenyakit asma sesak nafas. Namun ada juga masyarakat Iban yang menganggap air tapai merupakan kategori panas, sama seperti arak.
Masyarakat Iban mengamalkan pengambilan tonik-tonik tradisional yang dianggap berkhasiat dan memberi kekuatan. Tonik-tonik itu diperbuat daripada rempah ratus yang ‘panas’ seperti halia, lengkuas, kunyit, ketumbar, lada, lada hitam dan lada putih. Bahan-bahan sejuk untuk hasilkan tonik tradisional pula adalah seperti madu lebah, tongkat ali dan lidah buaya. Masyarakat Iban mempunyai 3 ciri untuk menentukan sesuatu bahan itu bahan ‘sejuk’ iaitu; pahit, warna hijau dan warna keemasan.
Pantang larang sewaktu makan mesti diikut oleh masyarakat Iban jika mereka mahu sentiasa sihat. Seseorang harus menjaga kebersihan diri dan tangan. Mereka dilarang memin um air sebelum dan semasa makan. Minum sebelum makan boleh membuat mereka kurang makan nasi sementara minum semasa makan boleh mengakibatkan mereka lemah tenaga batin.
Selepas makan, mereka dilarang tidur atau mandi. Tidur sejurus selepas makan boleh menyebabkan proses penghadaman terganggu dan perut menjadi buncit. Mandi selepas makan pula boleh mengakibatkan seseorang lemah sendi dan sakit kepala.
Bagi masyarakat Iban, tidur perlu cukup untuk mengelakkan masalah kesihatan. Mereka mengamalkan tidur secukupnya, lapan jam sehari. Mereka juga mengamalkan dua waktu tidur iaitu tidur waktu malam dan tidur waktu siang. Tidur siang adalah dalam jangka masa setengah jam hingga satu jam.
Jika lebih dari sejam, boleh mengakibatkan sakit kepala dan malas. Bagi mereka, tidur petang dapat meraih tenaga semula dan memberi kesegaran. Rata-rata, masyarakat Iban tidur jam 10malam dan bangun jam 6 pagi. Tidur juga mempunyai pantang larangnya tersendiri tetapi hanya tertakluk di luar rumah.
Jika mereka tidur di luar rumah, mereka dilarang menunjuk ke dahan reput di atas pokok. Jika dilanggar larangan ini, seseorang itu boleh ditimpa kemalangan. Mereka juga dilarang tidur di kawasan yang terlalu bersih atau terlalu cantik kerana mereka percaya kawasan sebegitu berpenunggu.
Masyarakat Iban rajin bekerja dengan menggunakan kudrat fizikal. Justeru pekerjaan mereka menuntut kecergasan fizikal dan secara tidak langsung, boleh dikatakan mereka bersukan setiap hari. Ada juga golongan muda yang bersukan kampong sekumpulan.
Dalam penjagaan kesihatan masyarakat Iban, bersukan juga mempunyai pantang larangnya. Mereka tidak dibenarkan mandi selepas bersukan kerana mandi boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami kembang badan, tangan dan khususnya kaki. Mereka percaya bahawa air mandian boleh masuk ke dalam liang roma yang terbuka selepas bersukan.
Masyarakat Iban mengamalkan budaya mengurut untuk mengelakkan sakit badan dan tegang urat. Mengurut seluruh badan hanya dilakukan jika seseorang itu mengalami keuzuran yang lebih serius seperti kemalangan, lumpuh, lepas bersalin, tenat dan sebagainya.
Bagi mereka, mengurut dapat meredakan ketegangan perasaan, ketakutan, dan seterusnya memberi kedamaian dan ketenangan. Mengurut juga dapat membantu perawatan dan pemulihan tulang patah, dengan menggunakan minyak lemak ular sawa. Pantangnya, masyarakat Iban dilarang mandi selepas berurut kerana boleh menambahkan lagi kesakitan dan keuzuran.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara yang digunakan oleh masyarakat Iban untuk mengekalkan kesihatan. Amalan makan, tidur, sukan dan mengurut, merupakan antara amalan penting yang wajib mereka patuhi. Pelbagai pantang larang serta petua yang mengikuti amalan-amalan itu menguatkan keyakinan masyarakat Iban tentang keberkesanan amalan penjagaan kesihatan mereka.
Biarpun perkembangan perubahan sistem perubatan moden semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat, setiap amalan tradisional masyarakat Iban tidak harus dilupakan kerana sebelum ada yang baru, pasti ada yang lama. Yang lama itu biasanya mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

BUDAYA V:
Etnik Kejaman Pertahan Budaya Warisan
KAYA dengan kepelbagaian aspek budaya serta hebat dalam seni kraftangan. Itulah persepsi pertama yang dapat digambarkan bagi menceritakan keunikan yang ada pada masyarakat etnik Kejaman di Belaga, Sarawak. Mereka bukan saja utuh mempertahankan keindahan seni budaya turun-temurun, malah berjaya mewariskannya kepada generasi muda.
Selama beberapa hari di Rumah Panjang Kejaman Long Segaham, hidangan persembahan budaya cukup mengujakan. Bukan sekadar tarian, malah nyanyian, mainan alat muzik dan seni pertukangan memperlihatkan sesuatu yang sukar ditemui di tempat lain.
Banyak juga tarian yang boleh dilihat di situ. Tarian Ngajat saja ada pelbagai jenis. Antaranya, Ngajat Ngalijeng Tavui dan Ngajat Solo atau Ngajat Tutuwong. Tarian beramai-ramai seperti Suwei Surut dan Suwei Pajuang Beti juga seronok ditonton. Tarian etnik Kejaman nampak tidak banyak beza dengan etnik lain di Sarawak terutama Kayan dan Kenyah. Lenggoknya lemah lembut penuh tertib mengikut alunan ketukan gong, petikan sape dan ditambah dengan hentakan buluh yang dinamakan kesut.
Menariknya, irama yang mengiringi kebanyakan tarian etnik Kejaman menggabungkan pasukan lelaki dan wanita. Ada alat yang khusus untuk lelaki dan ada pula yang hanya untuk wanita. Contohnya, kesut tidak boleh dimainkan oleh lelaki, meskipun ketukannya rancak dan menggamatkan.
Gong yang digunakan dalam permainan alat muzik dalam etnik Kejaman juga ada dua jenis. Lelaki ditugaskan memukul Mediak Tawiek (gong besar), manakala wanita pula mengetuk mediak gan (gong kecil) yang melontarkan pelbagai irama mengiringi gerak langkah si penari. Menambah keunikan bunyi muzik itu pula, ada beberapa wanita bermain tuong (sejenis alat muzik kecil yang diperbuat daripada dahan palma) dan ada pula meniup selingut (alat muzik seperti seruling, tetapi ditiup menggunakan hidung).
Itulah uniknya persembahan kebudayaan mereka. Semuanya berpadu menjadi satu. Jika dihayati, bunyian yang terhasil daripada setiap alat muzik asli itu, meskipun gamat, tetapi membuai jiwa. Lantaran itulah, tidak pelik melihat penarinya seperti terawang-awang menari bagai sedang mabuk. Malah, difahamkan memang dulu penarinya akan meminum tuak sebelum menari.
Apabila menceritakan mengenai persembahan budaya, ia tidak dapat lari daripada perkahwinan kerana hari yang paling sesuai menonton persembahan sebegitu ialah ketika kenduri kahwin atau ketika perayaan khusus seperti Krismas. Justeru, banyak juga tarian yang ada dalam masyarakat Kejaman ini berkait dengan adat ketika perkahwinan, malah digunakan dalam beberapa upacara khusus seperti mengiring pengantin dan persandingan.
Contohnya, tarian Suwei Surut digunakan sebagai gerak langkah mengiringi pengantin bermula dari rumah tumpangan pengantin lelaki ke rumah perempuan, menjemput pengantin perempuan dan seterusnya mengiringi pasangan pengantin ke pelamin. Ketika inilah, keunikan budaya kaum itu begitu terserlah.
Apa tidaknya, difahamkan ketika menarikan Suwei mengiring pengantin, sebanyak mungkin penduduk di situ akan menari beramai-ramai sehingga membentuk satu barisan panjang, sehingga ada ketikanya membabitkan lebih 100 orang. Riuh rendah jadinya kerana mereka yang mengiring ada yang seakan dirasuk menjerit dengan suara nyaring menambah meriah suasana. Malah, lebih menarik, tarian dalam barisan panjang itu turut disertai semua peringkat usia dan jantina termasuk kanak-kanak. Mungkin kerana lenggok tariannya mudah, hanya melangkah mengikut rentak muzik dan melihat arah langkah orang di depan.
Cuma, apa yang ditambah dalam tarian Suwei ketika perkahwinan ialah pasangan pengantin perlu melalui satu proses iaitu Penyah Beti (memijak sebilah pedang) sebelum sampai ke pelamin sebagai tanda hubungan yang kuat dan hebat tanpa sebarang gangguan. Proses perkahwinan atau persandingan juga sangat unik. Dengan duduk di atas gong besar, pengantin akan melalui beberapa peringkat termasuk dibaca jampi (mua) dan dilalukan talam serta parang di atas kepala sebelum disuap dengan sagu oleh orang tua Kejaman.
Selepas itu, giliran ibu pengantin perempuan pula untuk menyanyikan mua yang mengandungi nasihat atau petua kepada pasangan pengantin untuk meneruskan kehidupan berumahtangga itu. Sepanjang proses itu berlangsung, gong dan kesut dimainkan. Mengenai hasil kraf tangan pula, banyak sekali produk berkualiti dihasilkan masyarakat Kejaman dan mempunyai nilai tinggi jika dipasarkan. Malah, hasil kerja tangan mereka dilihat cukup halus dan amat sukar ditemui di mana-mana.
Mungkin hasil kraf seperti anyaman manik dan ukiran kayu sudah biasa ditemui di tempat lain termasuk di Bintulu, namun apa yang membezakan antara hasil tangan masyarakat Kejaman dengan produk luar ialah kehalusan dan kualitinya. Malah, diakui sendiri oleh beberapa peniaga di Bintulu. Difahamkan, produk sebegitu, jika dibawa ke Kuala Lumpur, boleh dijual berkali ganda, namun agak mengecewakan, lantaran masalah pengangkutan, tidak banyak dan amat sukar sekali untuk memasarkan produk mereka.
Antara kemahiran paling unik masyarakat Kejaman ialah ukiran keleriang yang dikhabarkan tidak ada pada semua kaum, hanya ada di kalangan etnik dalam masyarakat Kajang saja. Ukiran di tiang kayu besar itu membabitkan kerja tangan yang rumit dan memakan masa serta tidak dikuasai semua orang kerana mempunyai maksud tertentu pada setiap ukiran.
Kemahiran unik masyarakat Kejaman itu juga mendapat pengiktirafan tinggi apabila salah seorang warga tuanya, Jelan Asoh, 71, pernah dijemput mengukir sebatang keleriang di Balai Seni Lukis, Kuala Lumpur pada awal tahun lalu. Kehalusan hasil seni tangan juga dapat dilihat pada labuong, sejenis topi anyaman buluh yang diserikan dengan susunan manik serta turut mempunyai perlambangan atau maksud tersendiri bagi setiap bentuk ukiran dihasilkan.
Malah, labuong juga dihasilkan berbeza bagi setiap tujuan iaitu bagi kegunaan biasa untuk ke kebun, berehat di ruang rumah, ke pekan, bergaya ke bandar atau untuk upacara khusus seperti perkahwinan dan perayaan. Selain itu, produk kraf tangan lain yang ada dalam masyarakat Kejaman ialah keduri (alat tiupan), Selavieng (perisai berukir), idiang tatiek (parang ilang), idiang buok gadieng udzau tudieng (parang panjang menggunakan hulu dari tulang), ujep (lembing), beniang (alat mendokong anak) dan sioung (perhiasan berukir untuk digantung di dinding).

BUDAYA VI:
Gambus Kedayan Dan Cara Pembuatannya
GAMBUS merupakan antara alat muzik tradisional yang kian popular di kalangan suku kaum Kedayan di Weston Beaufort. Pada kebiasaanya gambus ini dimainkan semasa majlis keramaian seperti perkahwinan dan juga menyambut tetamu yang terhormat.
Gambus diperbuat daripada jenis kayu yang keras, kerana kayu keras bukan saja tahan tetapi ia juga dipercayai dapat menghasilkan alunan iramanya yang nyaring bersesuaian muzik gambus yang sebenarnya. Kayu yang lembut juga boleh digunakan, tetapi masalahnya mudah pecah apabila terhentak, kata Encik Satia Janudin, iaitu salah seorang pakar pembuat gambus apabila ditemuramah di rumahnya di Kampung Lingkungan Weston, Beaufort, Sabah, baru-baru ini.
Beliau biasanya mengambil kayu yang dinamakan kayu santul, kayu Bulayon, dan kayu Limpadok (Bahasa Kedayan). Beliau memilih jenis kayu ini kerana ia sudah teruji dan sangat sesuai dalam pembuatan gambus, katanya. Satia yang mula berkecimpung dalam pembuatan gambus pada tahun 1998 lagi atas dorongan ayah dan isterinya telah menghasilkan banyak gambus dalam pelbagai reka bentuk yang bersesuaian dengan citarasa para pelanggan.
Beliau boleh menyiapkan gambus dalam masa seminggu sahaja. Cara-cara pembuatanya ialah dengan menjemur kayu sehingga kering dan selepas itu baru dikikir dengan bentuknya. Tujuan menjemur kayu itu supaya ia tahan dan dapat menghasilkan alunan irama yang nyaring. Dalam pembuatan gambus kita harus menyediakan alat-alat keperluan seperti parang, pahat, tukul, gerudi, kertas pasir, kikir, beliung, pisau dan katam. Alat-alat ini penting dalam pembuatan gambus. Jika alat-alat ini tidak lengkap, ia bukan saja melambatkan kerja malah ia boleh menjejaskan reka bentuk gambus, katanya.
Satia berkata kebanyakan pelanggan lebih suka membeli gambus yang mempunyai rekabentuk yang cantik dan menarik. Justeru itu, berdasarkan pengalaman saya selama berkecimpung dalam kerja ini saya tidak mempunyai masalah memenuhi citarasa mereka, katanya.
Satia bukan saja pakar dalam pembuatan gambus, malah beliau juga seorang yang berkebolehan dalam permainan muzik gambus apabila ada majlis keramaian seperti perkahwinan atau pesta-pesta yang dianjur di peringkat kampung mahupun di peringkat daerah. Selain gambus, Satia juga pakar dalam pembuatan tambur ( gendang, iaitu salah satu pengiring muzik gambus semasa dimainkan ). Bagi beliau kulit kijang dan biawak adalah bahan utama dalam pembuatan tambur.
Satia, yang baru menjangkau umur 38 tahun, seorang pencinta muzik tradisional yang perlu dicontohi oleh generasi muda di mana kebanyakan generasi sekarang rata-ratanya tidak lagi berminat belajar muzik tradisional, khususnya gambus, kerana terpengaruh dengan muzik moden. Kita harus memberi tunjuk ajar dan galakan kepada mereka supaya generasi muda ini meminati muzik tradisional, kata Satia.
Menurutnya, harga gambus adalah mengikut saiznya, Harga gambus bersaiz sederhana berharga RM80. 00 manakala saiz besar berharga RM150. 00. Oleh itu, sesiapa yang berminat memiliki gambus atau ingin belajar muziknya sekali boleh datang berjumpa dengan beliau di Kampung Lingkungan Weston, Beaufort, Sabah. Menurut Satia, cerita gambus itu berasal daripada sepasang suami isteri, di mana kedua-dua pasangan ini tidak sehaluan kerana dipaksa berkahwin, terutama si suami. Bagi si isteri pula amat sayang dengan suaminya sehingga di mana saja suaminya pergi si isteri ikut sama.
Dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh si isteri terhadap suaminya, setiap kali tidur si isteri memeluk suaminya kerana takut ditinggalkan. Bagaimanapun perbuatan si isteri itu hanya sia-sia sahaja, kerana apabila si isteri sedar dari tidur keesokan paginya dia bukan pula memeluk suaminya, tetapi memeluk sebatang kayu.
Oleh kerana cinta kasihnya terhadap suaminya, maka si isteri telah mengukir kayu tersebut serupa bentuk badan suaminya dan telah dinamakan gambus. Ekoran dari itu, gambus hingga kini menjadi kebanggaan dan muzik yang popular, khususnya di kalangan suku kaum Kedayan di Weston, Beaufort, Sabah.


Anda mungkin juga meminati:
  • KAJIAN BUDAYA II
  • KAJIAN BUDAYA I
  • Aspek Adat Dalam Masyarakat Malaysia Dan Kepentinganya
Read more ...